Objektif penilaiannya adalah untuk menilai kebolehan pelajar:
1. mengembangkan bakat dan potensi sedia ada secara berterusan
2. meneroka idea baru dengan kajian penyelidikan secara terperinci
3. memahami proses penghasilan sesuatu produk
4. mengenali dan memahami kaedah penghasilan yang berkaitan dengan bahan, media dan teknik
5. mengaplikasi pengetahuan, kemahiran, psikomotor dan afektif secara berterusan
6. mengetahui sifat dan fungsi unsur-unsur seni serta prinsip rekaan bagi membolehkan pelajar
berkomunikasi melalui hasilan seni visual
7. menghasilkan produk berkualiti sejajar keperluan dalam industri reka cipta untuk dijadikan asas pembentukan kerjaya
8. memahami ciri dan keistimewaan produk kraf dan reka cipta dalam konteks perkembangan budaya kebangsaan
9. mengamalkan nilai murni dan penghargaan
Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.
Blog ini merupakan blog untuk Panitia Pendidikan Seni Visual SMK Seksyen, Wangsa Maju. Kehadiran blog ini diharap dapat membantu para pelajar dan guru dalam PSV. Di dalam blog ini nanti akan dimasukkan nota-nota dan gambar-gambar yang berkaitan dengan PSV.
Segala informasi dan aktiviti terkini Panitia akan dikemaskini dari masa ke semasa. Semoga dengan adanya blog ini, dapat meningkatkan pencapaian gred yang cemerlang pada tahun semasa dan tahun-tahun akan datang...